RM38.90
by Haliza Hamzah
Out of stock
ISBN: 9789834718299Format: HardbackTotal Pages: 24By: Katie GillespiePublisher: Eye DiscoverPublication Year: 2018Weight (kg): 0.29---------------Buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Edisi Kedua dihasilkan berdasarkan keperluan Kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (PDPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Buku ini meliputi semua tajuk pembelajaran dalam kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku yang merupakan komponen teras Ilmu Pendidikan yang ditawarkan di IPGM.Secara dasarnya, buku ini mengupas konsep pengurusan bilik darjah di sekolah serta peranan guru dalam pengurusan tersebut bagi membentuk persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, buku ini membincangkan hubungan guru dengan murid serta mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan hubungan yang positif dengan murid. Buku ini mengandungi beberapa model pengurusan bilik darjah yang dapat membantu murid dan guru untuk mensintesis model yang sesuai untuk situasi mereka sendiri. Topik yang turut dibincangkan ialah jenis masalah disiplin dan tingkah laku yang boleh dijadikan panduan kepada guru untuk menganalisis masalah-masalah disiplin dan tingkah laku yang terdapat di dalam bilik darjah. Fokusnya ialah bentuk-bentuk intervensi dan tindakan guru dalam menguruskan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Selain itu, perbincangan tentang pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas di dalam bilik darjah inklusif turut dimuatkan. Buku ini juga memaparkan cadangan-cadangan untuk menyediakan pelan perancangan pengurusan yang berkesan di dalam bilik darjah. Di akhir setiap bab, penilaian formatif disertakan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap topik yang telah dipelajari. Model Kertas Peperiksaan juga disisipkan untuk ulang kaji para pelajar sebelum menghadapi ujian akhir kursus.Selain boleh dijadikan rujukan kepada pelajar-pelajar di IPGM, buku ini juga sesuai untuk rujukan para pensyarah, guru-guru, para pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi yang lain serta individu-individu yang berminat tentang pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid.