RM38.90
by Khairuddin Mohamad
Buku Kesantunan Masyarakat Malaysia, ini telah ditulis berdasarkan kursus GSB1012 Kesantunan Masyarakat Malaysia yang ditawarkan kepada pelajar Program Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Buku ini dianggap penting kerana kandungannya meliputi semua tajuk bagi memenuhi syarat lulus kursus berkenaan.Ada enam bab dimuatkan di dalam buku ini dan fokus penulisan adalah untuk menerangkan beberapa perkara yang ada hubung kaitnya dengan budi bahasa dan nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Bab 1 menjelaskan konsep budi bahasa dalam masyarakat Malaysia. Bab 2 menerangkan kesantunan berbahasa, manakala Bab 3 menghuraikan bentuk dan jenis-jenis kesantunan. Bab 4 pula membincangkan peraturan berbahasa. Bab 5 menjelaskan beberapa strategi kesantunan dan Bab 6 menyentuh tentang isu-isu kesantunan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.Selain menjadi rujukan utama para pelajar PPISMP seluruh Malaysia, buku ini juga sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah serta pelajar yang mengikuti kursus pendidikan di universiti dan institut pengajian tinggi yang lain. Buku ini juga sesuai dijadikan bahan bacaan oleh para guru dan individu yang berminat untuk mengetahui kesantunan secara mendalam. Isi kandungan buku ini diolah dan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan mesra pembaca.