_x005F_x000D_
Buku ini diterbitkan khusus untuk para pelajar politeknik seluruh Malaysia berdasarkan sukatan kursus Pengurusan dalam Islam. Buku ini mengandungi lima bab, iaitu Konsep Asas Islam, Konsep Pengurusan Islam, Objektif dan Prinsip Pengurusan Islam, Proses Pengendalian Pengurusan Islam dan Etika Kerja Islam. Buku ini dilengkapi dengan soalan pengukuhan di akhir setiap bab bagi membantu para pelajar membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan oleh para pelajar yang mengambil kursus berkaitan pengurusan atau perniagaan di institusi pendidikan masing-masing. Selain menjadi rujukan pelajar politeknik, buku ini juga sesuai untuk kegunaan tenaga pengajar di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang lain. Penulisan buku ini bertujuan membantu pelajar menguasai bidang yang berkaitan dengan pengurusan atau pekerjaan yang bakal diperoleh kelak.
_x005F_x000D_