RM20.00
by Kamarudin Md Tahir
Kemahiran generik adalah salah satu elemen kemahiran yang diperlukan bagi menentukan kebolehpasaran setiap graduan. Kepentingan ini telah dityerjemahkan oleh Kerajaan Malaysia menerusi pelan strategi rancangan jangka panjang, iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Berdasarkan kepentingan tersebut, buku ini memperincikan tiga elemen pemangkin yang signifikan terhadap epmbangunan kemahiran generik terkini, iaitu strategi pengajaran kontekstual, kokurikulum dan persekitaran institusi. Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pensyarah politeknik, pensyarah kolej komuniti, guru kolej vokasional dan mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Dengan terbitnya buku ini, diharapkan agar buku ini turut sama dapat membantu Kementerian Pelajaran khasnya dalam usaha untuk melahirkan graduan yang mampu memenuhi kehendak majikan dan seterusnya dapat meningkatkan lagi peranan institusi pendidikan teknikal dan vokasional dalam membekalkan sumber tenaga mahir bagi memenuhi pasaran pekerjaan di samping memacu negara ke arah status negara maju pada masa akan datang.