RM20.00
by Nik Hazlina Nik Hussain
Sekiranya tongkat ali dianggap sebagai raja ubat, tonggak kekuatan dan kegagahan golongan lelaki, begitulah juga dengan kacip fatimah pemelihara kesihatan dan keintiman wanita. Khasiat dan kehebatan kacip fatimah berupaya memberikan rawatan pada kesihatan dalaman dan luaran wanita. Malahan, kesihatan wanita seolah-olah ‘dipelihara’ oleh kebaikan kacip fatimah. Tidak mustahil kacip fatimah dijadikan resipi kebahagiaan rumahtangga, agar hubungan suami isteri menjadi lebih bermakna dan berseri lagi. Buku ini memberikan maklumat tentang pertumbuhan kacip fatimah, penggunaan dan khasiatnya mengikut pengamal perubatan tradsional Melayu. Selain itu, usaha penanaman prakomesial telah membuka laluan yang lebih luas bahawa penghasilan produk kacip fatimah berteknologi mampu menjana ekonomi negara. Penemuan kebaikan berdasarkan kajian saintifik yang telah dibuktikan oleh pakar penyelidik perubatan memberikan nilai tambah kepada kacip fatimah.