RM30.00 RM25.50
by Kamal Halili Hassan
Migrasi buruh atau pekerja merupakan satu fenomena biasa yang sudah diterima oleh masyarakat setempat dan antarabangsa. Pergerakan tenaga kerja berlaku dari daerah dan dari negara ke negara. Migrasi pada peringkat antarabangsa berlaku apabila wujud pergerakan yang menjangkau sempadan sesebuah negara oleh buruh dari negara antara negara yang utama ialah faktor penolak-penarik. Keadaan ekonomi negara asal yang lemah dan kurangnya peluang pekerjaan telah mendeorong buruh asing untuk berpindah ke negara lain bagi pembangunan negra memerlukan jumlah tenaga buruh yang ramai. Rakyat Indonesia, Bangladesh, Filipina dan negara Asia Tenggara serta selatan yang lain berhijrah ke Malaysia dan bekerja di pelbagai sektor ekonomi seperti pembinaan, pembuatan, perladangan, perkhidmatan dan pembantu rumah. Kesan positifnya sudah tentulah kebanjiran ekonomi negara terutama di sektor perindustrian. Rakyat Malaysia sendiri tidak dapat menampung permintaan tenaga buruh yang diperlukan. Namun demikian, terdapat implikasi negatif yang wujud terutama daripada segi sosial dan pernindasan buruh . Ekoran daripada ramainya buruh asing, kadar jenayah juga didapati meningkat dan sering menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat tempatan. Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia berusaha dari semasa ke semasa untuk mengurangkan jumlah pekerja asing. Kandungan buku ini membincangkan pelbagai isu tentang hak buruh asing dan migrasi di Malaysia sesuai untuk dibaca oleh semua golongan masyarakat.