RM25.00
by Abdul Aziz Hussin
Aspek Undang-undang Pentadbiran agak luas, dan merangkumi serta memberi kesan kepada hampir setiap orang. Buku ini mengetengahkan lapan aspek kecil yang dikira amat penting diketahui dan dipatuhi bukan sahaja oleh pihak pentadbiran tetapi juga ahli masyarakat. Tujuan akhirnya agar pentadbiran negara dan masyarakat mencapai salah satu objektifnya, iaitu pentadbiran yang baik. Lapan aspek kecil (juga menjadi isu atau bidang kecil) yang diketengahkan adalah merangkumi “kuasa dan pelaksanaannya”, “elemen korum dan majoriti”, “aplikasi kemunasabahan”, “penerapan konsep budi bicara dalam pelaksanaan tugas dan kuasa”, “elemen functus officio dalam sesuatu keputusan”, “perkara-perkara yang berkaitan dengan masa pelaksanaan, dan had masa”, “dimensi kaedah mengecuali dan menafi liabiliti dalam melaksanakan tugas”, serta juga yang berkaitan dengan “kesetiaan kepada dan oleh organisasi”.