RM30.00 RM25.50
by Ding Choo Ming
Dengan terbentuknya masyarakat Peranakan Baba, hasil daripada perkahwinan campur antara lelaki Cina dengan wanita rumpun Melayu di Alam Melayu, maka sudah lahir kesusasteraan Peranakan Baba di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang, iaitu Negeri-negeri Selat (1846-1941). Kelahiran karya sastera itu adalah kemuncak kepada kejayaan warisan kebudayaan komuniti Peranakan Baba di pinggir abad ke-19. Tertarik kepada pantun, ramai Peranakan Baba boleh berjual-beli pantun dengan diiringi alunan muzik dan tarian di majlis keramaian yang juga dikenali sebagai berdondang-sayang. Sekitar 70 orang Peranakan Baba generasi baru, termasuk Siow Hay Yam, Baba Kim Teck, Wan Boon Seng, Lim Hock Chee, Bateck dan Baba Cheong Tat adalah pengarang, penulis, editor dan sasterawan. Daripada mereka dalam akhbar dan antologi puisi yang diusahakan Peranakan Baba di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang sejak 1889 sehingga menjelang Perang Dunia Kedua. Sebahagian besarnya boleh dicapai di portal ATMA www.malaycivilization.com. Hasilnya, keindahan, kehebatan dan kreativiti karya pantun daripada pengarang Peranakan Baba itu bukan sahaja dapat menikmati serta dihayati, tetapi juga dikaji dengan lebih mudah. Irama pantun, syair serta dondang-sayang amat indah lagi hebat bukan sekadar pada gugusan rima, bunyi dan kata-kata. Kesemuanya disusun mengikut formula dan struktur yang baik dengan adanya limpahan, curahan, penyataan ilham, cita rasa, kreativiti dan kehebatan mereka sebagai pengarang. Kepengarangan dan penerbitan karya pantun Peranakan Baba yang dikupas dalam buku ini adalah berdasarkan bahan yang telah didokumentasikan. Usaha pendokumentasian ini dilakukan bagi tujuan menyelamatkan warisan budaya Peranakan Baba yang masih ada supaya tidak pupus ditelan zaman dan terus ditinggalkan oleh generai muda pada hari ini.