RM30.00
In stock
ISBN: 9786294862319Format: PBTotal Pages: 174By: Noel Jimbai BalangPublisher: UKM PressPublication Year: 2024Weight (kg): 0.43---------------SISC+ merupakan satu jawatan yang diwujudkan oleh KPM dalam PPPM 2013-2025 yang bertujuan untuk menjadikan profesion perguruan di Malaysia bertaraf dunia dan menjadi rujukan dalam sektor pendidikan. Atas faktor ini, setiap SISC+ yang dilantik perlu kompeten dalam bidang kepakarannya. SISC+ menjadi pakar rujuk oleh pihak sekolah dan guru untuk meningkatkan lagi pencapaian dan prestasi pelajar dan sekolah dalam kurikulum dan kokurikulum. Justeru, penghasilan buku ini dapat membantu guru, pihak sekolah, PPD dan KPM dalam pelbagai program peningkatan dan pencapaian sekolah. Oleh itu, setiap SISC+ yang dilantik perlu kompeten dalam aspek kurikulum, pedagogi mengajar, menjalankan pentaksiran dan melaksanakan pelbagai amalan kejurulatihan yang boleh membantu guru dan pihak sekolah meningkatkan prestasi dalam aspek kurikulum dan kokurikulum. Dapatan kajian empirikal dalam buku ini dapat dijadikan bahan rujukan kepada pihak-pihak berkepentingan, terutama guru dan pihak sekolah. Buku ini juga dapat dijadikan rujukan oleh bakal guru dan pendidik guru dalam memahami peranan dan fungsi SISC+ dalam konteks pendidikan di sekolah.