RM40.00
In stock
ISBN: 9786294863750Format: PBTotal Pages: 196By: Norwahidah Abdul KarimPublisher: UKM PressPublication Year: 2024Weight (kg): 0.43---------------Gangguan spektrum autisme (Autism Spectrum Disorder-ASD) merupakan gangguan neuro yang disebabkan oleh pelbagai faktor melalui mekanisme yang kompleks. Penglibatan tekanan oksidatif dan disfungsi mitokondria sering dikaitkan dengan ASD manakala madu kelulut mengandungi antioksida boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif. Dalam buku ini, tiga pasang sel selanjar limfoblastoid (LCL) daripada sel autisme (ALCL) dan normal (NALCL) digunakan bagi mengkaji hubungan antara disfungsi mitokondria dan ASD melalui penjujukan DNA mitokondria, respirasi ROUTINE, LEAK, OXPHOS dan sistem pengangkutan elektron (ETS) dan keupayaan membran mitokondria (mtMP) melalui tapak jalan terangkai CI (tapak jalan N), tapak jalan terangkai CII (tapak jalan S) dan tapak jalan terangkai CI dan CII (tapak jalan NS) serta aktiviti kompleks IV (CIV), kompleks V (CV) dan sitrat sintase (CS). Madu kelulut yang kaya dengan bahan antioksida mungkin boleh menjadi rawatan dan intervensi berpotensi di dalam ASD terutama bagi subset yang mempunyai keabnormalan fungsi mitokondria.