RM60.00
In stock
ISBN: 9789674619701Format: PBTotal Pages: 359By: Nik Hazlina Nik HussainPublisher: USM PressPublication Year: 2025Weight (kg): 0.43---------------Kejora Cinta di Hatiku menghimpunkan 13 buah cerpen hasil karya 11 penulis yang terdiri daripada doktor perubatan, pensyarah perubatan dan pergigian, serta pensyarah kejururawatan. Setiap cerita membawa pembaca menyelami pelbagai konflik dalam kehidupan masyarakat, khususnya berkaitan isu kesihatan dan cabaran kemanusiaan.
Antologi ini bukan sekadar himpunan cerita, tetapi juga wadah ilmu dalam bidang perubatan – berguna sebagai rujukan kepada pesakit dan ahli keluarga mereka, serta bahan tambahan untuk pelajar perubatan. Kesemua cerpen digarap berdasarkan pengalaman sebenar doktor pakar dan pegawai perubatan yang bertugas di barisan hadapan. Beberapa kisah juga merupakan adaptasi daripada pengalaman peribadi penulis, yang diungkap dengan penuh empati agar dapat dijadikan teladan dan renungan oleh pembaca.