RM50.00
In stock
ISBN: 9789670044323Format: PBTotal Pages: 146By: Mohd Sami Bin BadronPublisher: IKIMPublication Year: 2025Weight (kg): 0.43---------------Buku ini mengupas tema kepimpinan dalam konteks Islam dan tradisi Melayu. Ia bermula dengan tafsiran tujuh belas perkataan utama berkaitan elemen kepimpinan, diikuti kajian sepuluh amalan kepimpinan daripada karya tokoh umara dan ulama silam, serta analisis sebelas aksiom kepimpinan terbaik Melayu-Islam.
Dua bab seterusnya menonjolkan nilai kepimpinan gemilang dalam tradisi kesultanan Melayu melalui karya adab ketatanegaraan seperti Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin, dan Nasihat al-Muluk, termasuk sumbangan tokoh Raja Ali Haji dalam ilmu ketatanegaraan.
Bab terakhir meneliti pemikiran Fazlur Rahman sebagai panduan kepimpinan dan tadbir urus, serta menganalisis strategi daripada tiga manual perang Islam terpilih yang berpotensi memperkukuh doktrin pertahanan, dasar luar negara, dan pembentukan sahsiah kepimpinan negara.
Buku ini sesuai untuk pengkaji, pemimpin, dan sesiapa yang berminat mendalami prinsip kepimpinan berteraskan nilai Islam dan tradisi Melayu.