RM22.00
by Mohd Rashid
Buku ini membincangkan suatu kerangka teori tentang falsafah bahasa. Teori yang diketengahkan ini adalah hasil pemurnian daripada Model Falsafah Bahasa yang_x005F_x000D_
dikemukakan penulis pada tahun 2007 untuk memperoleh Ijazah Doktor Falsafah ketika itu. Teori ini juga dinamai Teori Rashid kerana perbincangan tentang teori ini adalah selari dengan makna perkataan Rashid dalam bahasa Arab, iaitu penunjuk ke arah jalan yang lurus. Ringkasnya, teori ini akan membicarakan dua persoalan penting, iaitu pertama, persoalan huraian rajah Teori Falsafah Bahasa dan keduanya, persoalan tiga prinsip yang terkandung dalam teori ini._x005F_x000D_
Perbincangan tentang Teori Falsafah Bahasa telah dapat menyelesaikan beberapa persoalan asas yang berhubung kait dengan kajian bahasa dan kajian falsafah. Apatah lagi kajian dalam bidang ini amat kurang diterokai oleh para sarjana tempatan kecuali yang dilakukan oleh pemuka-pemuka awal seperti Syed Muhamad Naquib, Hashim Hj. Musa, Asmah Hj. Omar dan Awang Sariyan. Namun begitu, pemuka-pemuka ini tidak pernah mengemukakan teori peribadi dalam bidang falsafah bahasa. Atas kesedaran ini selaku anak murid kepada pemuka-pemuka di atas, maka difikirkan perlu tindakan yang lebih proaktif untuk terus memperkembang bidang falsafah bahasa di tanah air dengan mengemukakan suatu teori yang boleh menjadi pegangan asas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang ini