Tafsir Surah Al-Waqiah dan Juzuk 27 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 27, iaitu surah Al-Waqiah dan Ar-Rahman. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.