Tafsir Surah Al-Anfal dan Juzuk 9 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 9, iaitu surah Al-A’raf dan Al-Anfal. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.