Tafsir Surah Al-An’am dan Juzuk 7 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 7, iaitu Surah Al-Maidah & Surah Al-An’am. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.