Jika kita bukannya seorang mukmin, kita hanya mampu bermimpi untuk masuk ke dalamnya. Nak jadi penghuni syurga, perlukan pengorbanan. Perlu diuji terlebih dahulu. Jika kita hanya bersenang-lenang di dunia, adakah syurga itu layak untuk kita?
Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Kesenangan di akhirat adalah kekal abadi. Orang yang bijak, memilih kesenangan yang selama-lamanya.
Buku ini memberikan guideline untuk menjadi seorang mukmin. Ada banyak kisah, ilmu dan amalan yang boleh kita amalkan supaya kita tidak tersesat memilih jalan yang betul ke syurga.