Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini dihasilkan berdasarkan sukatan pelajaran kursus yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini merupakan salah satu kursus teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar. Buku ini dianggap penting kerana meliputi kesemua tajuk pembelajaran bagi semester pertama yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut. Buku ini juga dapat membantu para pelajar memenuhi kehendak dan keperluan dalam kursus WAJ 3101.