RM38.90
by Boon Pong Ying
Out of stock
ISBN: 9789834720506Format: PaperbackTotal Pages: 32By: David A. AdlerPublisher: Holiday HousePublication Year: 2018Weight (kg): 0.14---------------Buku Pentaksiran dalam Pendidikan dihasilkan berdasarkan kursus Pentaksiran dalam Pendidikan yang menjadi kursus wajib di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kandungan buku ini meliputi hampir semua aspek asas pentaksiran dalam pendidikan dengan memperkenalkan elemen-elemen pengujian, pengukuran dan pentaksiran yang menjadi aspek penting dalam pengajaran. Tema utama dalam buku ini ialah pentaksiran pembelajaran yang memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan pentaksiran juga bergantung pada keupayaan guru dalam menggubal dan memilih pentaksiran yang sesuai agar dapat menyediakan maklumat yang sah dan dipercayai untuk mengukur hasil pembelajaran.
_x005F_x000D_
Buku ini mengandungi tujuh bab, iaitu Konsep Asas dan Tujuan Pentaksiran Bilik Darjah; Ciri dan Prinsip Pentaksiran; Jenis Alat Pentaksiran; Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif; Reka Bentuk, Pembinaan dan Pentadbiran Ujian; Statistik Asas, Analisis Item dan Interpretasi Data; serta Isu Berkaitan dengan Pentaksiran Sekolah Rendah di Malaysia.
_x005F_x000D_
Selain dijadikan buku teks para pelajar IPGM, buku ini juga sesuai untuk kegunaan sebagai bahan rujukan untuk para pensyarah, guru dalam perkhidmatan, pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan mereka yang berminat dalam bidang pentaksiran dalam pendidikan.