RM19.90 RM12.74
by Sarnia Yahya
Out of stock
ISBN: 9789834712716Format: PaperbackTotal Pages: 425By: Khalidah Khalid AliPublisher: Oxford FajarPublication Year: 2014Weight (kg): 0.43---------------Berbual dengan sahabat, katanya buku ini adalah tulisan pertama penulis. Waaa… mujur dapat beli walaupun buku di tangan bukan cover sebenar, hinggakan si enche menegur akan kehijauan sampul bukunya hahaha._x005F_x000D_
_x005F_x000D_
Si isteri yang terlalu setia, meletakkan sepenuh jiwa dan raga pada suaminya hinggakan di satu saat, dia dibuang ke tepi. Alahai! Sadis benar ujian yang menimpa Aisya. Diceraikan ketika baru keguguran, dan suami; Azri bertindak mengahwini wanita lain. Walaupun secara mudahnya jodoh yang mengikat mereka sudah berakhir tapi jujurnya, aku masih tidak dapat terima Azri bertindak sedemikian tanpa berbincang dan berterus-terang dengan isteri sendiri. *sigh*_x005F_x000D_
_x005F_x000D_
Aisya. Sukar untuknya bangkit. Walaupun dah bertahun, sisa cintanya masih ada. Hinggakan dia membina tembok tinggi-tinggi dalam hati, menghalang sesiapa saja yang mahu mengintainya. Tapi, Encik Firdaus nampaknya bersungguh benar. Dia sendiri pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinannya yang lalu, maka kehadiran Aisya bagaikan anugerah buatnya._x005F_x000D_
_x005F_x000D_
Sekali Aisya memasang tekad, dia tidak berundur. Lamaran Firdaus diterima walaupun pada mulanya dia sendiri tidak yakin. Tapi masa memang mengubat segalanya. Dalam tak sedar, dia jatuh cinta pada gaya Firdaus yang pandai mengambil hatinya. Pada Firdaus disandarkan kepercayaan agar tidak meninggalkannya lagi. Rasa insecure Aisya sepanjang di sisi Firdaus agak melelahkan aku. Mungkin kerana aku diajar agak menyimpan sedikit rasa kebergantungan itu. Sebab di saat kita jatuh, dengan rasa yang sedikit itulah pemangkin untuk bangkit semula.