_x005F_x000D_
_x005F_x000D_
_x005F_x000D_
Persahabatan adalah nikmat yang indah bagi setiap manusia. Sahabat yang baik adalah anugerah daripada Allah Taala. Ustazah Asma’ Harun inginkan setiap pembaca dan pengikutnya di media sosial menjadi sahabat yang baik dan memilih sahabat yang baik supaya keindahan persahabatan itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya di dunia dan akhirat. Justeru, madah dan kata-kata beliau yang disampaikan secara santai dibukukan sebagai suatu nasihat daripada seorang sahabat kepada sahabatnya yang dikasihi kerana Allah Taala_x005F_x000D_
_x005F_x000D_
_x005F_x000D_