RM30.00
In stock
ISBN: 9789672512745Format: PBTotal Pages: 146By: Noraini TalibPublisher: UKM PressPublication Year: 2021Weight (kg): 0.43---------------Penyelidikan dalam bidang pendidikan boleh dilakukan dari pelbagai sudut. Namun begitu, penyelidikan pembinaan modul adalah satu aspek penyelidikan yang perlu diketahui dan difahami oleh penyelidik yang mengkhusus dalam bidang pendidikan. Mungkin ramai penyelidik menganggap penyelidikan pembinaan modul adalah sukar dan kompleks. sehingga tidak ramai yang mahu melakukannya. Namun begitu, tatacara melakukan penyelidikan pembinaan modul yang sistematik dan meliputi pelbagai disiplin ilmu penyelidikan sebenarnya sangat menarik dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Pengalaman penulis melakukan penyelidikan pembinaan modul dengan proses yang lengkap dan tersusun dan dapat dilakukan pada masa yang singkat membuktikan penyelidikan jenis ini bukanlah mustahil untuk dilakukan bagi pelajar-pelajar di peringkat pascasiswazah. Setiap aktiviti kajian sepanjang proses penyelidikan pembinaan modul memberikan makna yang tersendiri. Malah, penyelidikan pembinaan modul adalah sejenis penyelidikan yang seronok untuk dilakukan jika kita memahami dan menguasai setiap inci daripada aktiviti kajian yang perlu dilakukan. Oleh sebab itu, buku ini bukan sahaja menghuraikan proses penyelidikan pembinaan modul tetapi juga panduan untuk melakukan setiap aktiviti dalam penyelidikan pembinaan modul secara terperinci serta kajian dalam kajian yang terlibat di sepanjang proses tersebut. Justeru, buku ini amat sesuai menjadi rujukan kepada para pelajar di peringkat pascasiswazah khususnya pelajar-pelajar yang akan melakukan penyelidikan pembinaan modul sama ada daripada bidang pendidikan atau bidang sains sosial yang lain.