RM35.00
by Magdeline Anak Nor
Out of stock
ISBN: 9789674123505Format: PaperbackTotal Pages: 88By: Setsuko IshiiPublisher: Images PublishingPublication Year: 2009Weight (kg): 0.45---------------Bahasa Iban merupakan bahasa peribumi selain bahasa Kadazan Dusun dan bahasa Orang Asli yang telah diangkat menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah rendah dan menegah di Malaysia. Sebagai bahasa utama di Sarawak, penguasaan mata pelajaran bahasa ini dalam kalangan murid-murid Iban kurang memuaskan. Selain tidak berminat mempelajarinya, faktor guru juga menyumbang kepada kemerosotan pencapaian, minat dan motivasi murid-murid Iban dalam mata pelajaran Bahasa Iban. Justeru, buku yang mengandungi 13 bab ini merungkaikan permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru pengkhususan dan tidak berpengkhususan yang baharu dan berpengalaman berkongsi pengalaman tentang masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Iban. Selain membincangkan aspek teori, sejarah dan kedudukan mata pelajaran Bahasa Iban, buku ini juga menjelaskan tentang pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) guru-guru Bahasa Iban yang menjadi peserta kajian. Hasil kajian tentang PPK ini amat sesuai dijadikan sumber rujukan kepada guru-guru Bahasa Iban, pendidik Bahasa Iban, murid-murid Bahasa Iban, pelajar-pelajar IPG dan Universiti, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Buku Teks dan sebagainya. Buku ini merupakan satu-satunya di Malaysia yang membincangkan secara khusus pedagogi, kurikulum, penilaian dan lain-lain dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Iban di Malaysia.