Dewasa ini kerap terdengar perkataan psikologi disebut-sebut; psikologi kanak-kanak, psikologi remaja, psikologi pendidikan, psikologi pekerja, kaunseling dan pelbagai yang lain. Ini bererti psikologi kini menjadi satu perkataan yang tidak asing lagi kepada masyarakat dan aplikasinya adalah luas. Tetapi tidak banyak daripada kita yang benar-benar tahu apakah psikologi, apakah yang sebenarnya dijadikan teras dan kandungan bidang tersebut.