RM35.00
In stock
ISBN: 9786294861664Format: PBTotal Pages: 148By: Farihah HussainPublisher: UKM PressPublication Year: 2024Weight (kg): 0.43---------------Pedagogi dan efikasi kendiri guru merupakan dua komponen utama dalam pengajaran Nahu Bahasa Arab. Pedagogi tanpa efikasi kendiri boleh menjadikan pengajaran hambar, manakala efikasi kendiri tanpa pedagogi pula boleh menjejaskan kefahaman pelajar. Kedua-dua komponen ini mesti berjalan serentak untuk menghasilkan pengajaran yang efektif dan pemahaman yang bermakna.
Buku ini, yang dibahagikan kepada tujuh bab, membincangkan bagaimana menggabungkan strategi pedagogi dengan efikasi kendiri guru dalam pengajaran Nahu. Pelbagai dimensi pedagogi dan efikasi kendiri diterangkan untuk membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan memperdalam kefahaman pelajar.
Pengisian buku ini mampu membawa perubahan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran Nahu Bahasa Arab.
Mengenai Penulis
Farihah Hussain, PhD, ialah Pensyarah di Jabatan Bahasa Arab, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman (PGMK DA), sering dijemput sebagai penceramah Pedagogi Ilmu Nahu untuk Kurikulum Bersepadu Dini. Nik Mohd Rahimi, PhD, ialah Profesor dalam Pendidikan Bahasa Arab dan Kurikulum di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).