RM38.00
by Mohd Faizal Abdul Khir
Out of stock
ISBN: 9789831005842Format: PaperbackTotal Pages: 722By: Daniel J FindleyPublisher: Butterworth-HeinemannPublication Year: 2016Weight (kg): 1.13---------------Konsep Al-Tanzih Imam Al-Qushayri adalah kajian yang bertujuan menjelaskan konsep al- tanzih berlandaskan pemikiran dan pandangan salah seorang tokoh Islam terkenal dan berwibawa dalam bidang tasawuf iaitu Imam al-Qushayri. Penulisan bercorak analisis dokumen ini difokuskan kepada karya agung beliau, al-Risalah al-Qushayriyyah yang menjadi salah sebuah rujukan utama para pengamal, pengkaji dan peminat disiplin tasawuf. Kaedah perbandingan turut diaplikasikan antara pandangan Imam al-Qushayri dengan pendapat para ulama Islam yang lain bagi memperhalusi lagi fokus perbincangan berkenaan konsep al-tanzih tersebut. Buku ini memaparkan perbincangan mengenai biodata dan latar belakang kehidupan Imam al-Qushayri, diikuti dengan penjelasan konsep al-tanzih berdasarkan intipati pengajaran al-Qur’an al-Karim dan al-Hadith al-Nabawiyyah, seterusnya menerangkan sumber dan hujah penetapan bagi konsep aI-tanzih menuru Imam al-Qushayri. Karya ini turut menghuraikan konsep al-tanzih beliau dengan merujuk karya al-Risalahnya. Secara keseluruhannya karya ini berusaha untuk mendedahkan pandangan ulama su�? beraliran Ahli Sunnah wal J amaah dalam membahaskan aspek akidah atau kepercayaan dalam agama Islam berkaitan ketuhanan.