RM22.00
by IMAM MUSBIKIN
Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia merupakan kesan daripada kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Tanpa insulin, ia akan menyebabkan paras glukosa dalam badan meningkat. Secara lebih tepat lagi, umum lebih mengenali penyakit ini sebagai penyakit kencing manis._x005F_x000D_
Justeru, penulis memuatkan pengisian berkaitan puasa dan penyakit diabetes khas untuk panduan pesakit-pesakit diabetes dan secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat tentang kelebihan berpuasa terhadap kesihatan. Antara kupasan menarik yang disusun kemas oleh penulis termasuk perubahan metabolik ketika berpuasa, garis panduan dalam bersahur dan berbuka untuk pesakit diabetes, manfaat puasa secara umum dan lain-lain lagi. Sesungguhnya setiap perintah Allah itu mempunyai rahmat tersendiri untuk setiap hamba-Nya. Semoga ilmu pengetahuan yang dipaparkan dapat menjadi manfaat bersama. Insya-Allah.