Tafsir AlÂ-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji AbdulMalik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA telah menggunakanbeberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-ÂQuran, tafsir AlÂ-Quran dengan hadith, tafsir AlÂ-Quran dengan pendapat sahabatdan tabiin, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan AlÂ-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiridengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.