Buku ini memperihalkan tentang sejarah dan isu-isu Perlembagaan Malaysia dalam bentuk diskusi dalam kalangan sekumpulan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Antara isu-isu yang diperbincangkan ialah maksud dan fungsi Perlembagaan, demonstrasi dan kebebasan, alam budaya, kewarganegaraan, kemerdekaan, sejarah penggubalan, Islam agama Persekutuan, isu kalimah Allah, kontrak sosial, Akta Murtad, takrifan Melayu dan kaum-kaum lain, kesamarataan, Perkara 153, Ketuanan Melayu dan institusi Raja Raja Berperlembagaan.