RM39.00
In stock
ISBN: 9789674618933Format: PBTotal Pages: 146By: Mohd Farid Mohd SharifPublisher: USM PressPublication Year: 2024Weight (kg): 0.43---------------Buku ini meneliti dan menghimpunkan gagasan serta sumbangan Ibn Taymiyyah secara tersusun, menggambarkan beliau sebagai seorang tokoh ilmuwan Islam yang terkenal di Timur dan Barat. Berdasarkan tulisan dan fatwa beliau, buku ini menganalisis aspek keilmuan serta konteks sejarah abad ke-13 dan ke-14 untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai pemikiran beliau.
Selain itu, buku ini menempatkan wacana Ibn Taymiyyah dalam konteks politik, tasawuf, akidah, dan muamalat pada zaman kini. Penulis turut membincangkan salah faham yang berlaku mengenai gagasan beliau dan menilai sumbangan yang menjadi mercu tanda dalam dunia kesarjanaan.
Buku ini adalah bahan bacaan penting untuk akademik, guru agama, pendakwah, ahli sejarah, penggubal dasar, dan pelajar ilmu secara amnya, serta merupakan penghormatan yang mendalam terhadap warisan intelektual Ibn Taymiyyah.