RM38.90
by Lee Keok Cheong
Out of stock
ISBN: 9789834710507Format: PaperbackTotal Pages: 289By: Hadi FayyadhPublisher: Hadi Fayyadh ProductionPublication Year: 2019Weight (kg): 0.29---------------Buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak Edisi Kemas Kini ini ditulis berdasarkan sukatan pelajaran (proforma) kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini merupakan kursus teras yang mewajibkan semua pelajar IPGM.
_x005F_x000D_
Buku ini penting kerana meliputi kesemua tajuk pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut. Antara topik yang terkandung dalam buku ini adalah Pengenalan kepada Bimbingan, Kaunseling dan Psikoterapi, Sejarah Perkembangan Kaunseling, Teori-teori Kaunseling, Kaunseling dari Perspektif Islam, Kemahiran Asas Kaunseling, Kaunseling Kelompok, Kaunseling Kanak-kanak, Kaunseling dalam Pendidikan Khas, Kaunseling Kerjaya, Kajian-kajian Kes, Permainan-permainan Kaunseling: Latihan dalam Kelompok, Pembimbing Rakan Sebaya, Etika dan Perundangan Kaunseling dan Proses Penyebaran. Selain boleh dijadikan rujukan bagi para pelajar IPGM khususnya, buku ini juga sesuai untuk kegunaan para pensyarah dan pelajar IPTA yang lain, kaunselor sekolah serta mereka yang berminat dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.
_x005F_x000D_
Selain itu, buku edisi kemas kini ini juga disertakan 1 set Model Kertas Peperiksaan baharu bersama model jawapan lengkap dan 7 Lampiran yang mengandungi Bidang Tugas dan Tanggungjawab, Inventori Minat Pekerjaan, Inventori Nilai, Model Membuat Keputusan Kerjaya, Contoh Surat Permohonan, Contoh Vitae Kurikulum dan Tata Cara Menghadiri Temu Duga.