penerbitan majalah hiburan sentiasa mendapat perhatian kerana pasarannya yang agak besar. Majalah seperti URTV, Variapop, Sarina, Mangga dan Seleksi Pesona, antara majalah yang mempunyai sirkulasi yang tinggi. Namun, dengan kehadiran internet dan teknologi media digital, orang ramai boleh memperoleh berita hiburan yang lebih terkini dengan pantas dan mudah. Mereka mempunyai banyak pilihan dan tidak lagi hanya bergantung pada majalah.