RM20.00
by Juliane House
Buku ini merupakan tinjauan ringkas yang disasarkan kepada pembaca yang baru mengenali bidang penterjemahan. buku ini mengandungi empat bahagian:
TINJAUAN
Gambaran terkini tentang bidang penterjemahan.
BACAAN
Bahan bacaan ringkas beserta soalan untuk penelitian yang lebih dalam.
RUJUKAN
Rujukan beranotasi terpilih.
GLOSARI
Penerangan bagi istilah yang digunakan dalam buku ini; turut diberikan rujuk silang ke dalam bahagian Tinjauan.
Struktur ini direka bagi membolehkan kumpulan pembaca berbeza memberikan fokus kepada bahagian yang berbeza dalam buku ini bergantung pada minat dan keperluan mereka.
PENTERJEMAHAN
Penterjemahan ialah salah satu amalan silang bahasa budaya yang paling penting. Pengenalan ringkas ini memberikan perhatian kepada perkara yang perlu anda ketahui tentang penterjemahan dan isu utama seperti persamaan dalam penterjemahan, penilaian terjemahan, dan peranan terjemahan dalam pengajaran bahasa, proses globalisasi, dan komunikasi antara budaya.