Keupayaan memahami jiwa remaja adalah syarat utama kemahiran memberi bimbingan dan kaunseling kepada remaja nakal. Buku ini menerangkan teori-teori asas yang dapat menerangkan tingkah laku remaja nakal dengan menggunakan bahasa mudah supaya dapat difahami oleh guru-guru, kaunselor dan ibubapa. Dengan menggunakan pendekatan psikologi, guru-guru dan ibu bapa dapat memberikan bimbingan dan kaunseling dengan lebih berkesan baik kepada remaja nakal mahupun kepada remaja normal.